Rasional Kalkulus kecuaian

Kalkulus kecuaian adalah berdasarkan teorem Coase. Sistem tort bertindak seolah-olah, sebelum sesuatu kecederaan atau sesebuah kerosakan, kontrak telah dibuat antara pihak-pihak di bawah andaian bahawa individu yang rasional, berfikiran mengurangkan kos tidak akan membelanjakan wang untuk mengambil langkah berjaga-jaga jika langkah berjaga-jaga itu lebih mahal daripada kos kemudaratan yang mereka cegah. Dalam erti kata lain, daripada membelanjakan wang untuk keselamatan, seseorang individu itu hanya akan membenarkan sesebuah kemudaratan berlaku dan membayar kos kemudaratan itu, kerana itu akan lebih menjimatkan kos daripada mengambil langkah berjaga-jaga. Ini mewakili kes di mana B lebih besar daripada PL.

Jika kemudaratan boleh dielakkan dengan harga yang lebih rendah daripada kos kemudaratan (B adalah kurang daripada PL), maka individu tersebut harus mengambil langkah berjaga-jaga, dan bukannya membiarkan kemudaratan berlaku. Jika langkah berjaga-jaga tidak diambil, kami (pihak defedan) mendapati bahawa kewajipan penjagaan undang-undang telah dilanggar, dan kami mengenakan liabiliti ke atas individu untuk membayar kemudaratan.

Pendekatan ini, secara teori, membawa kepada peruntukan sumber yang optimum; di mana bahaya boleh dielakkan dengan murah, sistem perundangan memerlukan langkah berjaga-jaga. Di mana langkah berjaga-jaga adalah mahal, ia tidak. Dari segi kos marginal, kami (pihak awam) memerlukan individu untuk melabur satu unit langkah berjaga-jaga sehingga tahap langkah berjaga-jaga tersebut menghalang satu unit bahaya, dan tidak kurang.

Rasional matematik

Peraturan Tangan cuba untuk menghasilkan suatu tanggapan intuitif bahawa apabila kerugian yang dijangkakan E ( L ) {\displaystyle \mathbb {E} (L)} melebihi kos mengambil langkah berjaga-jaga, kewajipan penjagaan telah dilanggar: E ( L ) > B {\displaystyle {E}(L)>B} Untuk menilai kerugian yang boleh dijangkakan, kaedah statistik, seperti analisis regresi, boleh digunakan. Metrik biasa untuk mengukur kerugian dalam kes kemalangan kerja ialah nilai semasa kehilangan pendapatan masa hadapan dan kos perubatan yang berkaitan dengan kemalangan itu. [2] Dalam kes apabila kebarangkalian kerugian diandaikan sebagai satu nombor P {\displaystyle P} , dan L {\displaystyle L} adalah kehilangan daripada peristiwa yang berlaku, bentuk biasa peraturan Tangan yang asal boleh digunakan. Jikalau ukuran kerugian adalah hasil yang masih berterusan, maka pengubahsuaian peraturan Tangan yang ini boleh digunakan:

∫ Ω L f ( L ) d L > B {\displaystyle \int _{\Omega }Lf(L)dL>B}

di mana Ω {\displaystyle \Omega } ialah domain untuk kerugian dan f ( L ) {\displaystyle f(L)} ialah fungsi ketumpatan kebarangkalian kerugian. Dengan mengandaikan bahawa kerugian adalah positif, pilihan biasa untuk pengagihan kerugian termasuk taburan gamma, lognormal dan Weibull.